Pinjaman Peribadi Maybank

maybank personal loan

Malayan Banking Berhad atau lebih dikenali sebagai Maybank merupakan salah satu syarikat kewangan yang terbesar di Malaysia.  Di mana, kebanyakan operasi perbankan yang dijalankan oleh Maybank seperti insurans yang ditawarkan oleh anak syarikatnya Etiqa, dan juga perbankan Islam yang ditawarkan oleh Perbankan Islamik Maybank dijalankannya di beberapa cawangan tempatan dan cawangan negara seperti Indonesia, Singapura dan Filipina. Selain itu, Maybank juga turut memenangi anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Pembiayaan peribadi Islamik Maybank adalah salah satu pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Maybank untuk pemohon yang bekerja di sektor kerajaan, sektor swasta atau persendirian dan mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia. Selain itu, ianya tidak memerlukan cagaran dan mempunyai tempoh pinjaman tidak lebih daripada 6 tahun. Pemohon yang ingin memohon pembiayaan peribadi ini akan diberikan jumlah pinjaman 4 kali ganda daripada jumlah pendapatan bulanan mereka atau di antara RM5,000 hingga RM100,000 untuk tempoh pembiayaan di antara 2 hingga 6 tahun.

Feadah

Kadar faedah yang ditawarkan oleh pembiayaan peribadi Islamik Maybank adalah berbeza mengikut jumlah pinjaman yang dipohon oleh pemohon. Bagi peminjam yang memohon kadar pinjaman daripada Maybank di antara RM5,000 hingga RM20,000 akan memperoleh kadar faedah tetap tidak lebih daripada 8.00% setahun atau 0.67% sebulan dalam tempoh pinjaman. Bagi pinjaman yang bernilai di antara RM20,000 hingga RM50,000 akan diberikan kadar faedah tetap tidak lebih daripada 7.00% setahun atau 0.58% sebulan manakala pinjaman yang bernilai di antara RM50,000 hingga RM100,000 akan diberi kadar faedah tetap tidak lebih daripada 6.50% setahun atau 0.54% sebulan.

Syarat dan Kelayakan

Walaubagaimanapun, pemohon perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Maybank untuk memohon sebarang nilai pinjaman yang ditawarkan dalam pembiayaan peribadi Islamik miliknya. Antaranya pemohon perlulah mempunyai umur di antara 21 tahun hingga 65 tahun dengan hasil pendapatan tidak kurang daripada RM2,500 sebulan dan pada masa yang sama diwajibkan juga untuk mendapatkan produk perlindungan Takaful dan membuka satu akaun bank bersambung. Pemohon yang mempunyai rekod kredit, CTOS atau CCRIS yang tidak baik perlu menyelesaikan segala bayaran yang tertunggak dengan mengikut masa dalam tempoh 3 bulan sebelum dapat melakukan permohonan dengan Maybank.

Fi dan Caj

Pemohon juga akan dikenakan bayaran dan caj yang tertentu untuk proses permohonan pembiayaan peribadi Islamik Maybank. Antara bayaran atau caj yang dikenakan kepada pemohon adalah seperti bayaran balik bulanan termasuk caj faedah dan jumlah prinsipal yang boleh dibuat melalui pemotongan secara arahan tetap, deposit cek atau tunai, serta permbankan secara pengkendalian komputer. Selain itu pemohon perlu membayar caj denda tidak lebih daripada 1% daripada jumlah tunggakan mereka sekiranya mereka melakukan pembayaran lewat namun tiada caj denda akan dikenakan untuk pelangsaian awal. Tiada caj dan pembayaran yang akan dikenakan untuk yuran pengurusan permohonan.

Dokumen

Segala permohonan memerlukan pemohon megemukan dokumen yang dikehendaki oleh Maybank untuk pertimbangan dan dokumen tersebut adalah berbeza mengikut pekerjaan pemohon. Pemohon yang bekerja secara sepenuh masa perlu mengemukan salinan kad pengenalan depan dan belakang, slip gaji untuk 3 bulan terakhir, penyata aktiviti akaun semasa atau akaun simpanan untuk 6 bulan terakhir, dan resit rasmi cukai bersama dengan borang BE terkini. Sebaliknya, pemohon yang bekerja secara persendirian perlu mengemukakan salinan kad pengenalan depan dan belakang, penyata bank untuk 6 bulan terkini, resit rasmi pembayaran cukai bersama dengan borang BE yang terkini, dan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan.

Tambahan lagi, pemohon yang membuat permohonan pembiayaan peribadi Islamik Maybank turut mendapat manfaat seperti perlindungan insurans peribadi, ansurans bulanan dengan kadar yang rendah sebanyak RM102.78 mengikut jumlah pinjaman yang dipohon, dan tiada caj dan bayaran yang dikenakan untuk duti setem.