Pinjaman Peribadi MBSB

mbsb loan

Infomasi

Malaysia Building Society Berhad (MBSB) adalah salah satu anak syarikat gabungan milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodelan Nasional Berhad yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia.  Ia telah beroperasi sebagai syarikat kewangan di Malaysia selama lebih daripada 60 tahun. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat ini termasuk pelbagai jenis pakej pembiayaan peribadi bagi mengurangkan beban pemohon, agar segala impian dapat menjadi kenyataan. Semua pembiayaan peribadi milik KWSP mematuhi undang-undang Syariah yang berkonsepkan Tawaruq dan Murabahah.

MBSB juga sebuah syarikat yang berpengelaman dalam semua jenis urusan pembiayaan peribadi serta mampu membantu pemohon dalam mengendalikan permohonan tersebut dalam kadar masa yang pendek. Ini kerana MBSB akan sentiasa mencuba untuk membantu pemohon dengan perkhidmatan yang menjanjikan kepuasan dan sekaligus mendorong pemohon ketika mereka memulakan permohonan pembiayaan hingga bantuan kewangan dapat disalurkan kepada mereka. Antara pakej pembiayaan peribadi MBSB yang ditawarkan kepada pemohon termasuk Mumtaz, Afdhal dan pembiayaan peribadi untuk pekerja yang berkhidmat dalam sektor swasta.

Pembiayaan peribadi milik MBSB ditawarkan secara jujur, telus dan pantas kepada pemohon mereka yang tergolong di dalam kalangan pekerja yang berkhidmat di sektor kerajaan, syarikat yang memberi potongan Biro Perkhidmatan Angkasa, badan berkanun dan Government Linked Company. Selain itu, MBSB dalam usaha mengurangkan beban pemohon, juga bersedia untuk membantuk mereka dalam urusan penjanaan wang tunai dalam tangan, menolong mereka dalam menyelesaikan pembiayaan yang pernah dipohon mereka, serta menaikkan Gaji Bersih pemohon dengan pembiayaan peribadi milik MBSB.

Faedah dan caj

Pada Ogos 2014, pembiayaan peribadi milik MBSB telah diperketatkan dengan had tempoh pembiayaan yang telah dikurangkan ke 10 tahun sahaja dengan kadar keuntungan 3.99%. Meskinpun begitu, pemohon yang layak memohon pembiayaan peribadi MBSB perlu mempunyai sekurang-kurangnya 60% daripada jumlah gaji tetap kerana MBSB tidak menyediakan skim pinjaman yang dapat membuat potongan slip gaji pemohon sebanyak 60% daripada jumlah hasil pendapatan pemohon. Pembayaran balik pembiayaan peribadi MBSB dapat dibuat melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan akauntan negara (AG) atau biro angkasa (Biro), potongan gaji melalui majikan, atau pembayaran melalui kaunter di syarikat MBSB yang terdekat.

Walaubagaimanapun, skim pembiayaan yang ditawarkan MBSB masih merupakan salah satu pembiayaan yang terbaik di negara ini. Ini kerana, pakej pembiayaan peribadi tersebut menawarkan kadar keuntungan yang rendah dan pembiayaan yang tinggi. Dana kewangan yang ditawarkan oleh MBSB kepada pemohon tidak melebihi RM400,000 mengikut pakej yang telah dipilih oleh pemohon tetapi mereka perlu menyediakan 3 salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh majikan, borang BPA, 3 salinan slip gaji asal untuk 3 bulan yang terkini  (di mana ia telah disahkan oleh majikan atau Institusi kewangan yang telah dikreditkan), 2 salinan buku bank muka depan dan surat pengesahan jawatan bagi pertimbangan MBSB dalam meluluskan permohonon pembiayaan kepada mereka.

Syarat dan Kelayakana

Antara kelebihan pembiayaan peribadi MBSB yang ditawarkan kepada pemohon termasuk kelulusan permohonan yang pantas, tiada caj atau fi permohonan yang tersembunyi, permohonan yang boleh didapati dalam pakej kadar berubah dan kadar tetap, permohonan yang tidak memerlukan penjamin dan pilihan untuk memilih perlindungan takaful pada permohonan yang dimohon. Segala urusan permohonan yang dibuat oleh pemohon mestilah berusia di antara 19 hingga 65 tahun hingga tamat tempoh pembiayaan atau umur persaraan yang telah dipilih serta mempunyai kewarganegaraan Malaysia.