Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

bank-rakyat-personal loan

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Swasta
Kadar Keuntungan dari 11.90% p.a.
Tidak perlu penjamin
Pinjaman maksima RM 150,000
Pendapatan Minimum RM 1,000
Untuk Rakyat Malaysia sahaja

Ciri-Ciri

Segala jenis pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Bank Rakyat berkonsepkan Tawarruq (bercirikan Islam dan memberi peluang kepada pemohon untuk menyertakan perlindungan takaful pada pemohononan mereka), dan ianya tidak memerlukan penjamin, di samping bebas daripada sebarang bayaran pendahuluan. Namun, ia mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Di mana pembiayaan peribadi untuk pekerja awam mempunyai ciri-ciri seperti 10 tahun tempoh pembiayaan, maksima RM150,000 untuk amaun pembiayaan, kadar keuntungan yang bersifat tetap dan terapung, dan 25 kali ganda jumlah pembiayaan daripada gaji kasar bulanan pemohon.

Pemohon yang bekerja di sektor swasta pula mampu mendapatkan pembiayaan tidak melebihi RM150,000 dan harus menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bank Rakyat untuk mendapatkan penilaian tahap tempoh pembiayaan yang boleh diberikan oleh pihak bank manakala gandaan gaji kasar bulanan yang akan diberikan kepada mereka bergantung dengan pendapatan kasar pemohon. Pembiayaan peribadi sektor swasta turut menawarkan kadar rundingan kepada koperasi atau syarikat dengan syarat-syarat yang tertentu.

Kadar Keuntungan

Pembiayaan peribadi yang diperuntukkan kepada pekerja awam mempunyai 2 kadar keuntungan iaitu rata dan terapung. Kadar keuntungan rata yang diberikan kepada pemohon mempunyai tempoh pembiayaan minima 3 tahun dan maksima 10 tahun, serta purata kadar rata antara 11.90% hingga 20.013%, di mana ianya bergantung kepada pemilihan takaful yang dibuat oleh pemohon.

Kadar keuntungan terapung juga bergantung kepada pemilihan takaful yang dibuat oleh pemohon, di mana ia mempunyai tempoh pembiayaan yang sama seperti kadar keuntungan rata tetapi ianya melibatkan kadar asas dan kadar siling.

kadar-pinjaman-bank-rakyat

Pembiayaan peribadi untuk pemohon yang bekerja di sektor swasta bergantung kepada syarikat atau majikan yang terpilih dan tidak terpilih, serta pemilihan takaful yang diberikan kepada pemohon. Tempoh pembiayaan untuk pemohon adalah antara 1 hingga 10 tahun dengan kadar tetap antara 4.95% hingga 14.09%. Pembiayaan peribadi untuk Rakan Pintar memberi kadar keuntungan bersifat kadar tetap antara 3.27% hingga 4.51% dengan tempoh pembiayaan antara 3 tahun hingga 10 tahun, di mana ia bergantung dengan pemilihan perlindungan takaful.

Syarat Pemohon

Semua pemohonan pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Bank Rakyat memerlukan pemohonnya mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti kewarganegaraan dari Malaysia, berusia antara 18 tahun hingga 60 tahun pada tempoh tamatnya pembiayaan, pemohon mempunyai pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM1,000 sebulan dengan elaun tetap, pemohon telah berkhidmat tidak kurang daripada 3 bulan dalam sektor awam & GLC terpilih, serta sektor swasta yang terpilih dan tidak terpilih.

Bayaran

Segala bayaran untuk pemohonan yang perlu dibuat oleh pemohon adalah secara ansurans melalui Potongan Gaji Majikan (PGM), Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), dan tunai atau secara bayaran balik melalui pindahan gaji ke Bank Rakyat.

Dokumen

Pemohon baru atau lama yang ingin membuat pemohonan pembiayaan peribadi dengan Bank Rakyat perlu menyediakan;

  • Salinan MyKad atau salinan My Tentera
  • Slip gaji bagi 3 bulan yang terakhir
  • Penyata Bank bagi 3 bulan yang terakhir (pengkreditan gaji)
  • Salinan KWSP untuk pemohon yang berkhidmat dalam sektor swasta
  • Dan salah satu salinan di antara Surat Pengesahan Majikan, Borang EA, dan Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN

Fi & Caj

Fi dan caj yang akan dikenakan oleh Bank Rakyat kepada pemohon yang ingin mendapatkan perkhidmatannya harus membayar duti setem seperti yang tertakluk dalam Akta Duti Setem 1949, serta membayar caj ganti rugi atau juga dinamakan Ta`widh sekiranya bayaran yang dilakukan melebihi tempoh yang ditetapkan.

Sejarah Bank Rakyat

Bank Rakyat merupakan salah satu bank di Malaysia yang menawarkan beberapa jenis pembiayaan peribadi di bawah kategori i-Aslah kepada individu yang bekerja di dalam sektor kerajaan mahupun di dalam sektor swasta. Pembiayaan peribadi i-Aslah daripada Bank Rakyat ini berteraskan Islam dan menjadi tunjang dalam operasi seharian yang dijalankan olehnya. Selain itu, Bank Rakyat turut menawarkan produk yang dinamakan sebagai Rakan Pintar dalam usahanya membantu pekerja awam. Produk tersebut menawarkan kadar keuntungan rendah, keahlian percuma kepada mereka yang telah mendaftar di bawah Premium Banking,  serta pulangan kembali bernilai RM0.50 bagi setiap transaksi yang dilakukan mereka melalui MEPS dan ATM yang dimiliki oleh Bank Tabung Haji.