Pinjaman Perbadi BSN

bsn-new-logo-vector-720x340

Pinjaman Peribadi BSN Swasa

Pinjaman Peribadi BSN Swasta
Kadar feadah dari 4.49%
Tanpa penjamin dan cagaran
Pinjaman maksima RM 200,000

BSN mempunyai pinjaman kepada sektor swasta yang bekerja dengan syarikat panel yang tersenarai dengan BSN. Diantara syarikat yang tersenari adalah GLC, Syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, Pemaju, Kakitangan Petronas, Hospital swasta ataupun Institusi Kewangan. Peminjam boleh mendapat maksima RM 200,000 di bawah pinjaman BSN.

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 18 keatas
  • Mempunyai pendapatan melebihi RM 5,000 dan ke atas
  • Sektor Swasta dari panel syarikat BSN

Pinjaman Peribadi BSN untuk Awam

Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan dua jenis pembiayaan peribadi Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) kepada perkerja yang berkhidmat dengan kerajaan dan badan berkanun yang bekerja di Malaysia. Skim pembiayaan peribadi BPA tersebut dinamakan BPA Klasik dan BPA Super Klasik dengan had pinjaman di antara RM5,000 hingga RM200,000.

Selain itu, dua pakej ini juga menawarkan jumlah kadar faedah yang berbeza kepada pemohon pembiayaan peribadi BSN. Di mana, kadar faedah simpanan tetap 3.90% ditawarkan dalam pakej BPA Super Klasik untuk tempoh pembiayaan di antara 2 tahun hingga 10 tahun manakala BPA Klasik pula menawarkan kadar faedah 4.00% untuk tempoh pembayaran di antara 1 tahun hingga 5 tahun dan kadar faedah simpanan tetap 4.40% untuk tempoh pembayaran di antara 6 tahun hingga 10 tahun.

Walaubagaimanapun, pekerja yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan-badan yang berkaitan perlu mempunyai pendapatan tetap tidak kurang daripada RM2,500 sebulan dan ke atas untuk memohon pembiayaan peribadi BPA Super Klasik dengan kadar rendah 3.90% manakala pekerja dengan pendapatan tidak kurang daripada RM800 dan ke atas pula boleh memohon pembiayaan peribadi BPA Klasik.

Pemohon yang berminat untuk memohon pembiayaan peribadi BPA ini perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh BSN seperti usia yang tidak kurang daripada 21 tahun hingga 65 tahun di mana ianya tertakluk pada had umur persaraan yang telah ditetapkan semasa tamatnya tempoh pinjaman. Pemohon juga perlu mempunyai had potongan gaji bulanan minimum 60% dan jawatan tetap yang telah disahkan atau jawatan sementara dan kontrak dengan tempoh perkhidmatan untuk 1 tahun dan ke atas dengan mengemukakan seorang penjamin yang mempunyai jawatan tetap dalam sektor kerajaan bagi mendapatkan pertimbangan daripada pihak BSN untuk memberikan kelulusan pinjaman.

Ringkasnya peminjam pembiayaan peribadi Biro Perkhidmatan Angkasa perlulah mempunyai jawatan dalam sektor kerajaan atau Badan Berkanun dengan mematuhi syarat seperti:-

Dokumen

Antara dokumen yang diperlukan oleh Bank Simpanan Nasional termasuk:-

  • 2 salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
  • 1 salinan slip gaji untuk 1 bulan yang terbaru
  • 1 salinan slip gaji asal untuk 1 bulan yang terbaru bagi pengesahan pihak BSN
  • Surat pengesahan pihak majikan bagi menyatakan Nama serta No. Kad Pengenalan pemohon, Jawatan atau Pangkat pemohon, Gaji Bulanan pemohon, Tarikh Perlantikan dan Tarikh Persaraan pemohon
  • Surat Kebenaran Pemotongan Gaji yang dibuat melalui boring BPA 1/70 dan BPA 1/79 A bagi pihak penjamin

Kaedah Bayaran

Pemohon boleh membayar pembiayaan peribadi BPA mereka melalui:-

  • ATM atau CDM
  • IBG
  • Melalui arahan tetap BSN atau Institusi Kewangan yang lain di mana akaun gaji mereka dikreditkan

Caj Bayaran Lewat dan fi

  • Ansurans bulanan yang tertunggak x 1% x bilangan hari yang tertunggak / 365 hari

Kelayakan

  • Pemohon dengan kewarganegaraan Malaysia
  • Berumur di antara 21 tahun hingga 65 tahun (tertakluk kepada had umur persaraan yang telah ditetapkan semasa tamatnya tempoh pinjaman)
  • Pemohon berkhidmat dalam sektor kerajan, badan berkanun atau organisasi yang telah diiktiraf dengan memberi kemudahan biro perkhidmatan angkasa (BPA)
  • Pendapatan tidak kurang daripada RM800 untuk memohon pembiayaan peribadi BPA Klasik dan tidak kurang daripada RM2,500 untuk memohon pembiayaan peribada BPA Super Klasik
  • Pemohon mempunyai jawatan tetap dan telah berkhidmat dengan tidak kurang daripada 3 bulan bagi memohon pembiayaan peribadi BPA tanpa penjamin
  • Pemohon yang mempunyai jawatan sementara atau kontrak perlu berkhidmat di antara 12 bulan dan ke atas serta turut mengemukakan seorang penjamin yang telah berkhidmat dalam sektor kerajaan dengan perkhidmatan tidak kurang daripada 3 bulan
  • Pemohon mempunyai akaun GIRO atau GIRO-i BSN